BAHAN-BAHAN :200 grm kacang botolGaram secukup rasaSos tiram secukup rasaBAHAN DITUMBUK HANCUR:1 biji bawang merah1 ulas bawang putihSedikit ikan bilis-rendam dulu* Kalau nak pedas tambahkan sebiji cili merah dan sedikit belacan semasa proses menumbuk bawang tadi . Boleh juga diguna udang kering .CARA MEMASAK :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian kacau . Masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam , sos tiram dan terus kacau sehingga la sayur masak baru la di tutup api dapur.createSummaryAndThumb("summary5607518433550856516...
Tuesday, July 28, 2015
KACANG BOTOL TUMIS SEMPOI
SARAPAN SIHAT
Sarapan ni mudah je nak dimasak dan sangat sihat serta sedap selain itu rendah kalori . Dalam gambar ni saya tambah sebiji lagi telur rebus putih .BAHAN-BAHAN :1 biji telur1 biji telur putih saja1 cawan cendawan tiram1 cawan sawi kecil-boleh tukar sayur lain juga1 biji bawang besar1 ulas bawang putihGaram secukup rasaCARA MEMASAK :Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih dan bawnag merah yang sudah dimayang halus . Kacau sampai layu dan terus dimasukkan semua sayur sawi yang sudah dipotong kecil serta cendawan yang telah disiat-siat , kacau sekejap bagi sayur layu sikit dan...
Monday, July 27, 2015
SEDAPNYA KARI...
Seminggu sekali mesti saya masak kari sebab anak saya Adlina suka sangat makan nasi dengan kari tak kira kari ikan atau kari ayam . Kalau Aisyah dan Adam , mereka dua orang ni suka kari ayam dengan ubi kentang sementara saya apa jenis kari pun sedap...Kari ikan bawal...Cara masak kari ikan ni sama saja dan dah banyak kali saya bagi resepinya dalam blog masak saya ni . Bahan yang penting sekali untuk kari ikan selain rempah kari ikan semestinya ada halba campur dan daun kari . Kalau kari ayam tu selain rempah kari ayam bahan penting lain semestinya kena ada halia , bunga lawang+cengkih+kayu manis...
Thursday, July 23, 2015
KACANG KUDA
BAHAN-BAHAN :4 cawan kacang kuda yang sudah direbus empuk1 sudu besar rempah kari ayam-blh tambah 1 biji bawang besar dimayang1 sudu kecil biji sawi1-2 tangkai daun kari1 biji cili kering di potong-potongCARA MEMASAK :Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis semua bawang kacau sehingga layu kemudian masukkan biji sawi dan daun kari kacau kejap dan masukkan rempah kari kacau kejap dan terus masukkan semua kacang dal dan garam secukup rasa kacau lagi bagi mesra semua bahan dan boleh la ditutup api dapur .p/s. kalau nak sedap tumis la dengan butter atau minyak sapi memang cukup berlemak...
Wednesday, July 22, 2015
AYAM PANGGANG
Semalam untuk dinner saya grill ayam lagi , mudah dah sedap dimakan dengan salad atau pun dengan nasi . BAHAN-BAHAN :1 ekor ayam yang dipotong 122 biji bawang besar4 ulas bawang putih1 sudu kecil black pepper1 sudu kecil herba thyme4 sudu besar tomato sos3 sudu sos cili Thai2 sudu besar tiram Garam dan gula secukup rasaCARA MEMASAK :- Mayang nipis-nipis semua bawang merah dan bawang putih .- Bersihkan ayam dan tos sekejap kemudian masukkan semua ayam ke dalam bekas yang sesuai dan masukkan semua bawang yang dimayang nipis , semua bahan lain dan gaul rata dan peram selama 4 jam atau semalaman ...
Sunday, July 19, 2015
PAIS IKAN
Dah lama juga saya tak buat n3 baru ya salah satu sebabnya saya banyak masak menu yang sama dan simple saja . Sekarang ni pun saya agak sibuk juga tengah menjahit siapkan tempahan baju raya customer so sekali-sekala je dapat curi-curi masa masukkan n3 baru dalam blog masak saya ni.. BAHAN-BAHAN :6 ekor ikan kembung atau apa-apa jenis ikan1 helai daun kunyitAir asam jawa secukup rasaGaram dan gula secukup rasaBAHAN-BAHAN DIBLEND :4-5 biji cili kering - rendam dalam air panas dahulu4 biji bawang merah2 ulas bawang putih3 cm halia2 cm kunyit hidup2 batang seraiCARA MEMASAK :- Kisar semua bahan sampai...
GULAI AYAM PENCEN
Hari ni saya masak gulai ayam pencen atau ayam tua yang dah pencen tak bertelur dah . En.Husband yang beli ayam ni semalam di pasar malam memang suami saya sekali sekala mesti dia nak makan gulai ayam . Di sebabkan susah nak cari ayam kampung so ayam pencen pun memang dah cukup sedap cuma saya kena rebus dulu ayam ni sampai isinya menjadi lembut baru saya amsukkan santan dan bahan-bahan lain dan saya terus masak sampai la isi ayam sebati dengan kuah santan cili api . gulai ayam pencen sedapnya..BAHAN-BAHAN :1 ekor ayam tua2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat5 biji ubi kentang - kupas kulit...
Wednesday, July 15, 2015
IKAN TENGIRI GRILL & SALAD
Menu sihat lagi untuk makan tengahari saya hari ni . Saya panggang 2 ketul ikan tenggiri segar bersama salad dan saya buat yogurt dressing untuk salad . Memang sedap ni sebab ikan tenggirinya fresh dan saladnya saya guna romaine lettuce yang ranggup bersama buah avacado serta sedikit timun.Favorite salad saya semestinya romaine lettuce lepas tu mesti ada avacado dan sedikit timun .IKAN PANGGANGBahan-bahan :2-3 ketul fillet ikan tenggiri segarSedikit lada hitamSedikit yogurt dressing utk saladGaram secukup rasaCara memasak :- Bersihkan fillet ikan tenggiri ini dan gaulkan yogurt dressing , serbuk...
Tuesday, July 14, 2015
TUMIS TAUGEH HIJAU
BAHAN-BAHAN :200 gm taugeh1oo gm udang 2 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 sudu sos tiramGaram secukup rasaAir secukupnyaCARA MEMASAK :- Bersihkan taugeh dan kupas semua bawang dan dimayang halus . Udang di bersihkan dan buang ekor dan kepalanya.- Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan udang dan kacau lagi bagi udang masak . Masukkan sos tiram dan terus masukkan semua sayur dan kicap sekali . Kacau lagi dan masukkan garam secukup rasa dan masukkan sedikit air . Bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.createSummaryAndTh...
IKAN CERMIN KUKUS
BAHAN-BAHAN :2 ekor ikan cermin sederhana besar4 biji bawang putih3 cm halia1 sudu biji lada hitamSEASONING:4 sudu besar sos tiram1 sudu kecil minyak bijan1 sudu besar kicap cair1 sudu kecil kicap pekatCARA MEMASAK :1) Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan cermin dan kelar-kelas badan ikan cermin ini. Potong semua bawang dan halia nipis-nipis kemudian tabur di dalam pinggan dan sekeliling ikan bawal. Masukkan sedikit halia dan bawang ke dalam perut ikan. 2) Satukan semua bahan sesoning dan curahkan ke atas ikan bawal . Kukus ikan cermin selama 30 - 40 minit atau sehingga ikan cukup m...
Wednesday, July 8, 2015
UDANG MASAK LEMAK KUNING
BAHAN-BAHAN :500 grm udang kertas sederhana besar2oo grm kacang buncis3 cawan santan pekat1 keping asam kepingBAHAN DI TUMBUK LUMAT :2 biji bawang merah1 ulas bawang putih3 cm kunyit hidup1 batang serai-dititikCARA MEMASAK :-Bersihkan semua udang dan kacang buncis di potong menyerong . Masukkan santan pekat dan bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk . Hidupkan api dan biarkan sampai kuah mendidih dan kacau kuah . Masukkan udang dan asam keping bersama garam secukup rasa , kacau semua bahan.-Masukkan kacang buncis dan terus kacau kuah supaya kuah tidak pecah minyak . Bila sayur buncis dah layu boleh...
Monday, July 6, 2015
ASAM PEDAS IKAN PARANG
Favorite saya semestinya asam pedas ikan terubuk walaupun banyak tulang tapi isi ikan terubuk yang cukup berlemak memyebabkan saya tak peduli pada semua tulang tu . Kalau tak ada ikan terubuk pilihan saya semestinya ikan parang yang isinya sedap lembut cukup lemak .Isi ikan parang yang lembut dan manis tu memang kena sangat dengan kuah asam pedas tambahan lagi tulang ikan parang pun tak banyak sangat so lagi best la bila nak berjamu selera . BAHAN-BAHAN:1 kilo ikan parang segar2-3 cawan air2 batang serai2 bunga kantan- dibelah duaAsam jawa secukup rasa atau asam kepingSegenggam daun kesum/ 1 ikatGaram...
SALAD AYAM & AVACADO
Salad ringkas lagi lebihan ayam panggang yang saya campur dengan romaine lettuce , tomato dan avacado . Saya hanya guna dressing low fat thousand island memang sedap dan mengenyangkan..createSummaryAndThumb("summary8316841312939130165...
PARI PANGGANG
Kalau beli pari segar saya suka panggang kemudian di makan bersama sambal kicap atau air asam lepas tu ada pula ulam macam daun selom atau ulam raja memang sedap..createSummaryAndThumb("summary606719873099853343...
Saturday, July 4, 2015
SANDWICH AVACADO & TELUR
Sarapan pagi tadi serba ringkas tapi sangat sihat dan mengenyangkan...Sandwich avacoado dan telur bermayonis..BAHAN-BAHAN :2 keping roti wholemeal1 biji telur rebus4 helai daun saladseparuh buah avacadosedikit mayonisCARA MENYEDIAKAN SANDWICH NI :Telur rebus dihancur-hancur dan digaul denga sedikit mayonis. Kalau nak cukup berlemak dan sedap lagi guna la lebih mayonis .Semua filling sandwich di susun diatas roti mula dengan daun salad kemudian egg mayo dan avacado yang dah dipotong nipis .Lepas tu boleh la ditutup sandwich ni dengan sekeping lagi roti dah pun siap sandwich yang sanagt sihat dan...
NASI GORENG CILI API
Ni la menu sarapan kami sekeluarga pagi semalam saya masak nasi goreng cili api ni memang pedas tapi sodap dan saya masukkan sekali ikan sardin tin sebab suamiku itu nak makan nasi goreng cili api bersadin (special request hehe) BAHAN-BAHAN:8 cawan nasi1 biji bawang besar-dimayang1 tin ikan sardin-ambil isi ikan saja dan hancur kasar-kasarSedikit kacang buncis-boleh digunakan sayur jenis lain.Garam dan gula secukup rasaBAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:3 biji bawang merah2 ulas bawang putih1-2 genggam ikan bilis15 biji cili api kampung* kalau nak pedas boleh ditambah cili api lagi-berasap la heheCARA...
Friday, July 3, 2015
FAMILY GATHERING
Semalam saya buat jamuan family gathering kat rumah saya ni selalunya bila abang saya dari Penang datang KL kami akan berkumpul . Saya saja buat makan-makan untuk meraikan kejayaan anak-anak sedara yang dapat masuk IPTA . Sarah dapat masuk UKM dan Azra dapat masuk UPM so memang semalam suasana happy je la sambil lepak dan makan-makan dapat la kami sembang catch-up bercerita kisah dan aktiviti masing-masing..Semalam ni la menu yang saya masak untuk dinner ada kari ayam, cencaru belah belakang , sayur campur , ada sambal sotong kering , ikan masin , telur dadar dan drummet & wedges goreng ....
PULUT & KUAH DURIAN
Kuah durian dan pulut ni adalah menu pencuci mulut atau dessert untuk family gathering kat rumah saya semalam . Menu ni memang kegemaran saya dan kakak-kakak serta abang so setiap kali ada gathering mesti ada menu ni . Nak masak pun senang dan rasanya memang sedap sangat... Bila dah makan sekali mesti nak tambal lagi dan lagi hehehe.. Kuah durian dan pulut , sedapnya bagi mereka yang mengemarinya..createSummaryAndThumb("summary5069076140401817110...
PULUT
Pulut ni untuk dimakan dengan kuah santanRendam pulut selama 2-3 jam kemudian tos dan lalukan air bersih , didihkan air periuk kukus dan masukkan ke dalam loyang pengukus serta boleh juga diletakkan daun pandan bagi wangi pulut ni. Kukus selama 25-30 minit atau sampai pulut masak .Boleh juga masak pulut ni guna periuk nasi macam nak masak nasi biasa tu , air mesti sama banyak dengan jumlah atau ukuran pulut . Masukkan daun pandan dan masak seperti biasa.* Pulut direndam dulu supaya kembang dan cepat masak bila dikukus nanti.createSummaryAndThumb("summary5774300539341220589...
KUAH DURIAN
Kuah durian ni sedap dimakan dengan roti jala , roti biasa atau pulut . BAHAN-BAHAN :10 ulas durian - boleh tambah lagi ikut selera masing-masing3 cawan santan pekat -kalau kurang tambah la2 helai daun pandan -disimpulkanGula secukup rasa -ikut selera masing-masingSecubit dua garam -untuk terbit rasa lemak kuah durian niCARA MEMASAK : Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sampai kuah durian ni mendidih atau isi durian ini sebati dengan santan . Rasa la gula kalau kurang manis tambah la gula lagi ikut citarasa masing-masing.createSummaryAndThumb("summary2333587356225897013...
SAMBAL SOTONG KERING
Sotong kering ni suami saya beli masa dia ke Labuan , kat sana kan memang banyak hasil laut yang dikeringkan macam sotong ni . Sotong ni bukan dari jenis sotong kering yang perlu direndam dengan kapur supaya jadi kembang warna coklat tu tapi ini adalah sotong biasa yang kita selalu beli kat pasar tu tapi telah dikering so rasa sotongnya sangat sedap berbeza dengan sotong kembang .BAHAN-BAHAN:250 grm sotong kering ( rendam selama 3-5 jam seblm masak)1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipisGaram , gula dan air asam jawa secukup rasaBAHAN DIKISAR HALUS:10 biji cili kering4 bawang merah2 ulas bawang...
CENCARU BELAH BELAKANG
Resepi ikan cencaru ni memang menjadi kegemaran saya sebab ada sambal yang disumbat dalam ikan cencaru ni yang telah dibelah dua . Ada juga resepi macam ni tapi menggunakan sambal kelapa . Makan nasi dengan ikan cencaru belah belakang ni pun dah sedap tambahan lagi kalau ada ulam-ulaman...BAHAN-BAHAN:8 ekor ikan cencaru - dibersihkan dan belah bahagian belakang.BAHAN DIBLEND ATAU TUMBUK:8 biji cili merah4 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 cm belacanSambal ni ditumbuk hancur dan jangan sampai terlalu lumat.CARA MEMASAK :-Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakangnya.Ikan dilumur dengan...
Wednesday, July 1, 2015
SOSEJ ROLL
Semalam saya buat sosej roll ni dan saya hanya uli guna tangan je alhamdulillah naik elok dohnya tapi kalau ada bread maker mesti lagi mudah kerja nak membuat dan membancuh adunan roti ni kan . Resepi sosej roll ni saya dapat dari blog kak Hanieliza dan rotinya sedap dan mudah juga nak mengadun resepinya . Saya selalu buat sosej roll ni sebab anak-anak memang suka sangat .BAHAN-BAHAN :Bahan A :500 gm tepung tinggi protien30 gm susu tepung70 gm gula1 peket yis (11 grm)1 sudu kecil pelembut roti1 biji telur1/2 sudu kecil garamBahan B :250 ml air80 grm butterBahan C :SosejKuning telurButter Cheese...