Hari itu semasa pergi pasar ternampaklah terung kecil ini. Terus beli, ingat nak jadikan ulam untuk hubby. Tetapi disebabkan beberapa hari ini hubby tidak berselera makan kerana selesema, maka terung kecil itu tersimpan dalam peti sejuk saja. Hari ini timbul idea nak masak sambal tumis udang letak terung kecil . Kak Noor rasa kalau kita boleh cicah terung kecil dengan sambal, sudah tentu kita boleh masaknya dengan sambal.
Terung kecil, sedap dimakan begitu sahaja dan dibuat ulam. |
1/2 kilo udang saiz sederhana
1 biji buah tomato - dipotong kiub
2 keping asam gelugor (asam keping)
2 sudu besar gula perang
Gula putih dan garam secukupnya
Terung kecil - Kuantiti ikut citarasa
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan dikisar:
4 senduk cili kering kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara-cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan terbit minyak.
- Seterusnya masukkan 1 cawan air, diikuti dengan buah tomato yang dipotong kiub. Biarkan kuah mendidih seketika.
- Kemudian masukkan gula, garam, dan asam gelugor. Kacau rata.
- Masukkan udang dan biarkan di atas api sehingga udang masak.
- Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat dan terung kecil.
- Biarkan beberapa minit di atas dapur kemudian tutup api.
0 comments:
Post a Comment