Ini roti yang saya buat semalam juga cuma gambar je baru di masukkan dalam blog , filling untuk roti ni ialah sausage . Yang sebelah nya tu ialah cheese bun , dari adunan doh roti yang sama saya tambahkan chedder cheese untuk inti dah bahagian atas roti pun saya letakkan cheese juga , dah siap semuanya simple... Kena selalu buat roti baru la lama-lama kita akan jadi mahir...createSummaryAndThumb("summary5566385206953170424...
Wednesday, July 30, 2014
SAUSAGE ROLL N CHEESE BUN
Monday, July 28, 2014
ROTI
Pagi tadi lepas masak saya terus uli tepung pulak untuk buat roti , saya uli guna tangan saja sebab tak ada mixer yang heavy duty macam kitchen aids tapi roti yang saya buat ni still okay dan sedap . Pada saya la nak belajar buat roti la yang paling susah , kali ke 2 saya buat roti baru l sedap dan menjadi..untuk filling roti selalunya saya guna sosej dan apa saja yang ada kat dapur saya tu macam peanut butter , kaya dan butter . Resepi untuk roti ni pun ada saya masukkan dalam post yang lepas... Adunan tepung roti yang dah siap . Filling untuk roti . Roti sudah siap di sapu dengan telur dan ready...
NASI AYAM
Semalam untuk dinner ni la menunya nasi ayam simple , cepat je siap cuma nakrebus dan perap ayam yang lama sikit . Resepi untuk nasi ayam ni ada saya masukkan dalam post yang lepas . Set nasi ayam Ayam goreng ni saya perap bersama kicap , sos tiram , minyak bijan , bawang putih dan bawang merah .createSummaryAndThumb("summary442877620118157817...
Wednesday, July 23, 2014
TUNA CASSEROLE
Semalam untuk lunch saya masak tuna casserole , kadang-kadang ubah selera juga . Anak sulung saya memang suka sangat dish ni tapi Adlina , anak yang kedua kurang sikit tapi dia masih makan . Suami saya selagi tak ada cheese dia ok dan ada tuna pulak menmang dia suka la. Si bongsu saya Ada, dia ok saja , apa saja makanan dia nak cuba...Resepi untuk menu tuna casserole ni saya dah ada bagi dalam post yang lepas.... Tuna casserole yang baru keluar dari oven...Brokoli yang di campur bersama tuna dan mushroom soup , bahagian atas sekali mash patatoes ..hmmmm sedap ni...createSummaryAndThumb("summa...
Tuesday, July 22, 2014
LALA
BAHAN-BAHAN :1 kilo lala1 batang serai - dititik3 sudu besar sos tiram2 sudu sos ciliGaram secukup rasaBAHAN DIKISAR HALUS :5 biji cili merah4 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 cm halia2 cm belacanCARA MEMASAK :Panaskans edikit minyak kemudian tumis semua bahan kisar , serai , kacau dan biarkan hingga terbit bau wangi , masukkan soso tiram , kacau dan masukkan lala . Terus mengacau , masukkan garam secukup rasa dan biarkan lala sampai masak . Bahan kisar ditumisMasukkan lala dan kacau sampai lala masak...createSummaryAndThumb("summary9163220216641642120...
Monday, July 21, 2014
MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN :300 gm macaroni - direbus sampai kembang500 gm ayam/daging cincang2 cawan cheese monzarella/cheddar30 gm butter1 biji bawang merah2 biji bawang putih1 cawan susu segar1 sudu teh lada sulah1 sudu teh oregano/italian mix herbs1 kiub pati ayam4 biji telurGaram secukup rasa* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.CARA MEMASAK :1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian...
Sunday, July 20, 2014
SAMBAL CILI API IKAN
BAHAN-BAHAN :1 kilo ikan sardin/selayang2 biji bawang besar1 keping asam kepingGaram dan gula secukup rasaBAHAN DITUMBUK LUMAT :15 biji cili api4 biji bawang merah2 ulas bawang putihCARA MEMASAK :1. Goreng semua ikan , angkat dan tos.2. Tumis semua bahan ditumbuk lumat , kacau sampai terbit bau wangi kemudian masukkan semua bawang besar . Biar sampai bawang besar layu boleh la di masukkan asam keping dan kacau , masukkan semua ikan , garam dan gula . Terus mengacau supaya semua bahan sekata dan boleh la ditutup api. Bahan tumbuk ditumis sampai wangi dan kemudian dimasukkan bawang besar, biar...
Saturday, July 19, 2014
MASAK LEMAK CILI API REBUNG + PERUT
Hari ni saya masak lemak cili api rebung campur perut ..hmmm yum..yumBAHAN-BAHAN :500 gm perut lembu300 gm rebung3 cawan santan pekat1 serai-dititik1 keping asam kepingGaram secukup rasaBAHAN DITUMBUK LUMAT :10 biji cili api3 cm kunyit hidupCARA MEMASAKMasukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , asam keping , perut dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan garam. Bila perut dah masak boleh la ditutup api dapur .* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.createSummaryAndThumb("summary7454163152238880524...
Friday, July 18, 2014
RENDANG DAGING
Semalam saya masak rendang ni , dah lama tak makan rendang daging . Selalu saya suka masak rendang ayam tapi kali ni special request dari suami dia nak makan rendang daging...BAHAN-BAHAN :1 kg daging4 sudu besar kerisik4 cawan santan pekat50 grm serbuk kari daging1 sudu besar serbuk ketumbar2 helai daun kunyit4 helai daun limau purut4 sudu besar kerisikGaram secukup rasaBAHAN DIKISAR HALUS :15 ulas bawang merah3 cm halia6 batang serai10 tangkai cili kering- masak sekejap dalam air mendidihCARA MEMASAK :1. Tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau . Tuangkan serbuk...
JUS APPLE n CARROT
Semalam , saya sekeluarga pegi ke Jaya Jusco sebab saya nak mencari album untuk di buat hantaran nikah adik ipar. Sebelum tu kami saja la pusing-pusing dalam Jaya Jucso ni bila sampai je kat area barang eletrik saya ternampak pemerah jus cap Philips ni , tengok harga waa best ni diskaun sampai 60 ringgit. Suami saya memang dah lama nak beli pemerah jus buah-buahan semenjak dari tahun lepas lagi hehehe.... tapi saya yang tak bagi sebab mahai benar harganya dari RM 180 sampai Rm 500 lebih ( kalau nak cap yg tak famous memang murah 70 hinggit pun ada tapi kualiti hmm..... tak tau la macam mana kan...
Wednesday, July 16, 2014
TRIFFLE
Yum...yum ini adalah favorite dessert kami sekeluarga...resepi dari kakak saya . Kalau saya buat sekejap je habis..agak mudah untuk membuatnya cuba la..... Triffle bersama cream Cream caremel , triffle dan creamSaya buat triffle ni Sabtu sudah dan saya bawa ke rumah kak Iza...saya selalu pegi rumah kakak saya ni kebetulan pulak hari Sabtu lepas birthday dia dan abang saya dari Penang datang ke rumah dia kira macam family gathering la juga..tu la aktiviti kami .Setiap sebulan atau 2 bulan sekali saya akan gi lepak ke rumah kakak saya ni , sembang-sembang dan catch -up perkembangan terbaru kami...
Tuesday, July 15, 2014
TAG
Dah lama saya dapat tag ni dari Linda , lama betul baru saya nak buat tag ni sebabnya dok tangguh banyak kali..So , ini la jawapannya...1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???# 2 perempuan dan sorang boy2. Bila perancangan anda untuk menambah anak??# Rasanya dah cukup la tutup kodai dah den ni....3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??# Nur Aisyah - Cahaya kebahagian# Nur Adlina - Cahaya keadilan kami# Muhd Adam - mengikut nama Rasul-rasul...4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??# Nama 2 orang anak perempuan saya tu , saya yang bagi . Nama Adam ni hubby yang suka sangat dia bekenan dah lama ...5. Dari mana tercetusnya idea memberikan...
Monday, July 14, 2014
BAKE BEAN & TELUR
Sarapan ringkas saya pagi tadi..CARA MEMASAK :1) Goreng dulu berapa biji telur yang kita nak masak untuk menu ni.2) 2 ulas bawang putih / 1 biji bawang merah - dimayang halus lepas tu di tumis sampai layu dan masukkan semua bake bean . Kacau kejap dan masukkan semua telur yang di goreng , gaul bagi rata dan boleh ditutup api..sonang je..*Kami sekeluarga suka makan bake bean cap Ayam , memang sedap dari brand lain ....Bake bean yang dah siap di masak...yummy...createSummaryAndThumb("summary821495395616634512...
Thursday, July 10, 2014
KARI IKAN TENGGIRI & PARU GORENG
Saya ada la beli 3 ekor ikan tenggiri papan (ikan tenggiri ni gred yang 2 tapi masih sedap juga ) , masa beli tu tak terfikir nak masak apa pun , beli saja sebab murah 3 ekor untuk harga 5 ringgit saja , saiz nya tak la besar sangat pun sekor dalam 12 inci panjang , kat mini market kat rumah saya ni harga ikan dan sayur-sayuran memang murah . Hari Sabtu pagi memang hari saya memborong barang-barang dapur .Bila dah balik rumah , baru la terfikir nak masak menu apa dan ikan tengiri ni sedap di masak kari . Saya ada juga beli paru sikit mula nak masak sambal paru tapi last-last goreng saja pun...
Wednesday, July 9, 2014
AYAM MASAK LEMAK CILI API
Ini la resepi kegemaran suami saya , selalu kalau di kampung mak mertua saya akan guna ayam kampung tapi kat bandar nikan susah juga nak cari ayam kampung jadi suami saya beli ayam telur yang dah tua , ayam ni pun kadang-kadang orang panggil ayam pencen hehehe sebab dah pencen dan tak bertelur lagi. Isi ayam pencen ni pejal dan liat juga so rasanya lebih kurang macam sama dengan ayam kampung . Kalau masak resepi ni memang saya akan masak ayam ni kira macam merebus dulu la sebab nak bagi ayam ni empuk , selalunya saya rebus dalam sejam kalau tak empuk juga saya biar lama sikit atau sampai air rebusan...
Monday, July 7, 2014
MUFFIN
Hari ni teringin pulak nak makan muffin, buka blog My Resipi.com , saya jumpa banyak betul resepi muffin so pilih saja yang berkenan dan saya terus buat .Sekejap je rupanya nak bancuh adunan muffin ni hehehe... kira senang la juga . Masukkan adunan dalam paper cup dan bakar ... 30 minit lepas tu dah masak ...hmmmm semerbak harum satu rumah hehehe..tunggu sejuk jap..dan apa lagi..... yum..yum la... muffin yang dah ready nak di bakar.. Muffin dah masak...hmmm.... yummy..createSummaryAndThumb("summary2062797165259163097...
Sunday, July 6, 2014
TAUHU GORENG
Macam-macam resepi kita boleh masak dengan tauhu kan , cara saya mudah saja tauhu di goreng lepas tu di tabur sikit garam di atas tauhu dan kacau bagi mesra lepas tu saya makan macam tu saja.. kiranya jadi macam snek la...Kami sekeluarga memang suka makan tauhu di goreng saja kalau saya masak stail lain memang anak-anak tak mau makan . Saya selalu beli tauhu di pasar pada awal pagi sebab tauhunya semua fresh dan baru sampai dari pembekal , bila beli tauhu saya rasa dengan jari dulu kulit tauhu ni kalau melekek tandanya tauhu tu dah agak lama lepas tu saya bau sikit haa... fresh dan tak bau masam....
Saturday, July 5, 2014
DONUT SIMPLE
Petang semalam saya buat donut untuk minum petang , anak-anak saya suka donut yang topping dengan almond dan white chocolate.BAHAN-BAHAN:200 gm tepung roti20 gm gula20 gm butter1/2 sudu kecil garam1 sudu kecil dry yeast140 ml susu segarMinyak masak untuk goreng donutBAHAN TOPPING :50 grm kepingan almond - dibakar sebentar dalam oven sehingga ranggup50 grm white chocolate - double boiling sampai cair.CARA MEMASAK :1. Masukkan tepung , gula , garam dalam mangkuk dan kacau.2. Buatkan lubang di tengah tepung . masukkan susu dan yeast dan kacau sedikit.3. Kemudian masukkan butter dan kacau sehingga...
LALA MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN :1 kilo lala3 cawan santan pekat1 batang serai-dititikGaram secukup rasaBAHAN DITUMBUK LUMAT :5 biji cili api3 cm kunyit hidupCARA MEMASAK :Satukan santan dan bahan ditumbuk lumat kedalam periuk , masakkan kuah sampai hampir mendidih. Kemudian masukkan lala yang sudah dibersih , serai , garam dan kacau semua bahan . Sekali-sekala kacau lala supaya kuah tak pecah minyak , bila lala dah masak boleh la ditutup api dapur. Yum yum sedap...* Kalau nak banyakkan kuah tambah la sedikit air atau santan lagi..createSummaryAndThumb("summary3530078953793261958...
Friday, July 4, 2014
IKAN PEKASAM
Suami saya cukup gemar makan ikan pekasam , kalau makan nasi dan ada ikan pekasam goreng memang berselera dan bertambah la nasi suami saya hehehe.... . Ikan pekasam ni suami saya kirim beli dari kawan office dia yang balik kampung di Kulim , Kedah. Ini kira home made ikan pekasam , memang fresh... bila di goreng garing baunya wangi semerbak hmmmm...yummy..createSummaryAndThumb("summary7124863545316607194...
MASAK LEMAK SIPUT SEDUT
Dah lama juga saya tak masak lemak siput sedut ni , semalam suami pegi pasar beli sepeket dan masak untuk lunch , hmmm sedapnya....saya masak lemak cili api..mudah dan cepat..BAHAN-BAHAN :1 peket siput sedut - buang hujung siput guna playar5 cawan santan pekat2 batang serai-dititik1/2 buah nenas- potong ikut sukaGaram secukup rasaBAHAN DITUMBUK LUMAT :10 biji cili api4 cm kunyit hidup2 biji bawang merahCARA MEMASAK :1) Bersihkan siput , memang suami saya la yang buang hujung siput ni , potong nenas menjadi saiz yang kecil-kecil memanjang.2)Masukkan semua santan ke dalam periuk...
SAYUR BUNCIS TUMIS SOTONG
Kacang buncis adalah salah satu sayur favorite di rumah saya ni , macam-macam cara boleh di masak macam masak lemak kuning campur udang , di tumis dengan tempe dan pelbagai lagi. Kali ni saya tumis buncis dengan carrot dan sotong.BAHAN-BAHAN:300 grm buncis1 batang carrot2 ekor sotong yang besar2 biji bawang kecil3 ulas bawang putih2 sudu sos tiramGaram secukup rasaCARA MEMASAK :1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur buncis dan carrot.2. Bersihkan sotong dan potong nipis-nipis. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis...
Wednesday, July 2, 2014
SARDIN TUMIS CILI
Makan malam kami yang simple , saya masak kangkung tumis belacan , sardin tumis cili dan telur dadar... dah cukup sedap untuk kami sekeluarga . BAHAN-BAHAN :1 tin sardin1 biji bawang besar1/2 sudu kecil asam jawa segera1/2 sudu kecil gulaBAHAN DITUMBUK LUMAT :2 biji cili merah2 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 cm belacanCARA-CARA MEMASAK :1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan tumbuk sampai masak dan wangi .2. Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis dan kacau sampai bawang menjadi layu. Kemudian masukkan semua sardin , gula dan asam jawa , terus kacau sampai...
Tuesday, July 1, 2014
BROKOLI SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN :1 biji brokoli1 peket cendawan1 ketul dada ayam1 biji bawang merah3 biji bawang putih2 sudu besar sos tiram1/2 sudu kecil minyak bijan1/2 cawan air1 sudu kecil tepung jagungSedikit lada sulahGaram secukup rasa*Kalau nak kuah pekat masukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan bancuhan ini pada saat akhir , kacau sayur sehingga kuah menjadi pekat dan boleh la ditutup api dapur. CARA MEMASAK :1.Bersihkan brokoli dan potong , cendawan di siat-siat.2.Kupas semua bawang dan dimayang halus , dada ayam dipotong nipis-nipis.3.Panaskan sedikit...