Pages

Tuesday, January 31, 2012

Ikan Cencaru Sumbat

PreviewKak Noor guna 6 ekor ikan cencaru untuk resepi ini.   Ikan cencaru hendaklah dibersihkan dengan limau dan garam untuk menghilangkan rasa hanyir ikan.  Memandangkan cara menyiang ikan cencaru ini tidak dibuang kepalanya dan tidak dibelah sisi perutnya, maka amat sukar sedikit untuk mengeluarkan segala isi perutnya seperti biasa.  Bagi proses penyiangan ikan cencaru,  kita perlu membelah belakang badannya untuk mengeluarkan segala isi perut ikan ini.  Pastikan juga   darah ikan terutamanya darah beku yang terdapat di celah-celah tulang ikan dan di dalam rongga mulut...

Monday, January 30, 2012

Kerutuk Ayam

PreviewSumber:  Buku ResepiTajuk:  Senangnya memasak Ayam Bersama Chef HanielizaPagi tadi Kak Noor sempat memasak Kerutuk Ayam untuk sajian tengah hari anak-anak di rumah. Dah lama Kak Noor teringin nak menyediakan resepi ini tetapi tidak tercapai disebabkan anak-anak Kak Noor lebih suka kepada hidangan ayam masak merah.  Tetapi kali ini Kak Noor nekad juga untuk mencubanya.  Dengan semangat yang berkobar-kobar Kak Noor bangun jam 5.30 pagi untuk memasak ayam kerutuk ini.  Macam nak berniaga lah pulak?  Kan orang-orang berniaga bangun awal pagi untuk menyediakan...

Saturday, January 28, 2012

Kuah Dal (2)

PreviewKuah Dal lagi? Dah lama tak masak kuah dal.  Sekali-sekali tu teringin juga nak makan nasi dengan Kuah Dal.    Kalau dalam enti resepi Kuah Dal  yang terdahulu  tidak dimasukkan sayur-sayuran, kali ini Kak Noor nak kongsi  resepi Kuah Dal versi mamak pula.  Resepi asal Kuah Dal ini Kak Noor temui di Dapor Rusnah.   Seperti kata empunya blog, resepi mamak yang asal mungkin rasanya tidak sesedap resepi yang telah diubah suai olehnya. Kak Noor tidak nafikan hal ini kerana kebiasaannya makanan mamak hanya sedap dimasak oleh mamak juga.  Walaupun kita telah...

Spaghetti Sos Cendawan

PreviewResepi yang ingin Kak Noor kongsikan di sini adalah hasil daripada air tangan anak sulong Kak Noor.  Bila tiba bab memasak  spaghetti, pizza, cream puff. roti jala, dan hidangan ala western, dialah orang yang lebih arif dan rajin menyediakannya.  Tetapi..... bukan selalu, hanya bila cuti semester sahaja.  Sekarang ini anak Kak Noor sedang bercuti semester.  So... banyaklah request daripada adik bongsunya; nak makan itu, nak makan ini, tidak kira malam ataupun siang.  Tetapi one thing about them ialah dia orang ni satu kepala. Selera sama... so rajinlah si kakak memasaknya.Spaghetti...

Bubur Gandum Nangka

PreviewSemalam bos Kak Noor bawa 1 bekas berisi ulas nangka ke pejabat untuk `dikendurikan' kepada staf (terima kasih bos!).  Katanya nangka dari kampung.  Memang besar ulas nangkanya.  Buah nangka ni memang favourite Kak Noor.  Biasalah nangka ni, ada orang yang boleh makan banyak dan ada juga orang yang hanya boleh makan sedikit, dan ada orang yang tidak boleh makan langsung.  Ditakuti kembung dan memulas perut, terutama sekali bila makan mentah. Kak Noor ambil beberapa ulas bawa balik rumah untuk dimasak bubur.  So far Kak Noor tak pernah masak bubur nangka.  Bubur...

Sup Tumis Sayur Campur

PreviewSemua orang tahu tentang khasiat sayur. Kalau hendak sihat, banyakkan makan sayur.  Tetapi kalau tak ada selera makan  nasi, masaklah sup sayur sebagai pengganti.  Sup sayur sedap dimakan sejurus selepas dimasak dan dihirup supnya ketika panas. Untuk hidangan ini, Kak Noor cuma gunakan sayur-sayuran yang terdapat di dalam peti sejuk sahaja. Tetapi kalau nak diletakkan sayur-sayuran lain pun boleh.Bab masak sayur ini, Kak Noor lebih suka memilih hidangan dalam bentuk sup sedikit pekat. Sayurnya pula Kak Noor masukkan selepas sup telah betul-betul mendidih.  Selepas sayur-sayuran...

Friday, January 27, 2012

Puding Cream Crackers Laici

PreviewMenggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan hidangan utama atau snek menggunakan biskut cream crackers?!  Puas juga Kak Noor memikirkannya kerana soalan ini bukan sahaja memerlukan kita menjawabnya secara bertulis tetapi juga dengan bukti paparan gambar berkaitan hidangan yang dihasilkan. Banyak juga laman web, blog, dan buku-buku resepi yang telah Kak Noor  akses untuk  mencari hidangan yang menggunakan bahan utama cream crackers sebagai panduan.Akhirnya empunya blog yang bernama  AMY berjaya dalam hasil pencarian ini .   Resepi ini katanya adalah daripada...

Thursday, January 26, 2012

Sambal Tumis Udang Dengan Terung Kecil

PreviewResepi yang ingin Kak Noor ketengahkan kali ini adalah masakan yang tidak pernah Kak Noor masak  iaitu sambal udang dengan terung kecil. Kak Noor sendiri pun tak tahu apa nama terung ini sebenarnya.  Kalau terung pipit itu tahulah. First time in my life masak hidangan ini.  Masa di pejabat tempoh hari, ada rakan sepejabat yang makan terung kecil ini dengan sambal belacan.  Katanya terung kecil  ini orang buat ulam, cicah dengan sambal belacan dan makan dengan nasi panas-panas.  Kak Noor memang sejak kecil lagi tidak pernah makan terung kecil ini, apa lagi menjadikannya...

Wednesday, January 25, 2012

Siakap Tiga Rasa (2)

PreviewSekarang ini musim panas.  Kurang sedikit selera untuk makan nasi.  Dalam keadaan begini, makanan berkuah seperti laksa, mi/bihun sup, mi rebus menjadi pilihan. Anak Kak Noor yang bongsu, telah beberapa hari tidak menjamah nasi.  Katanya tidak berapa berselera.  Puas dipujuk tetapi masih tidak mahu makan.  Yang dapat membuka seleranya ialah makanan segera seperti keropok, biskut, dan ais krim sahaja. Hari ini Kak Noor masak siakap tiga rasa lagi. Mana tahu dengan hidangan ini boleh membuka selera anakku dan sesiapa sahaja di luar sana yang tak berapa selera nak makan. Hidangan...

Tuesday, January 24, 2012

Cucur Jagung Mayonis

PreviewPagi tadi sebelum bertolak ke Sabak Bernam, menghantar anak pulang ke kolej Komuniti, Kak Noor sempat menyediakan sarapan cucur jagung.  Entri mengenai hidangan dan resepi cucur jagung ini banyak ditemui di laman web dan juga blog.  Kelainannya ialah ia diolah untuk menepati citarasa orang yang menyediakannya.Cucur jagung yang Kak Noor sajikan ini amat mudah sekali.  Kak Noor tidak menggunakan telur, mauripan, soda bikarbonat ataupun baking powder.  Kelainan cucur jagung ini ialah Kak Noor menggunakan mayonis.  So hasilnya ialah manis-manis dan lemak.  Memang enak...

Sunday, January 22, 2012

Puding Kastard Pisang Cream Crakers

PreviewBahan-bahannya:1 tin susu cair1 tin air - sukat guna tin susu cair4 sudu besar tepung kastard4 sudu besar gula pasir3 biji pisang emas - dipotong bulat1 sudu kecil esen vanillaSedikit  serbuk miloBeberapa keping biskut cream crackersCara-cara membuatnya:Satukan susu cair, air, tepung kastard, gula, esen vanilla di dalam blender dan dikisar.Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan.  Kacau bahan sehingga pekat (mesti kacau selalu supaya tidak berketul-ketul).Susun biskut cream crackers di dalam loyang/bekas.Setelah adunan pekat, tuang sedikit ke atas lapisan...

Laksa Penang (2)

PreviewLaksa lagi.... Resepi Laksa Penang ini pernah Kak Noor muatkan dalam blog ini dan boleh dilihat di sini. Cuti-cuti panjang begini dan ketika semua ahli keluarga berkumpul, adalah masa untuk kita memasak untuk sesuatu yang istimewa. yang boleh membangkitkan selera.  Laksa Penang, satu nama hidangan yang telah memang gah di mana-mana sahaja.  Bagi peniaga yang menjual laksa, mereka akan mengguna pakai Laksa Penang sebagai trademark untuk melariskan jualan mereka.  Walaupun kadang-kadang laksa yang disajikan itu sebenarnya bukanlah  Laksa Penang.Kalau nak makan laksa puas, lebih...

Lala Masak Lemak Cili Padi

PreviewTelah seminggu Kak Noor tidak memuatkan resepi dalam blog ini.  Last entri ialah pada 16 Januari 2012.  Bukan apa, Kak Noor berehat seketika menjadi chef di dapur. Sehingga pertengahan bulan Februari ini tak perlu lagi bergegas dan kelam kabut di dapur  memasak pada waktu pagi sebelum pergi kerja.  Alhamdulillah anak Kak Noor yang sulung sekarang ini sedang cuti semester, bolehlah minta tolong dia memasak ala kadar untuk adik-adik.Sempena cuti yang panjang ini; selama empat hari Kak Noor kembali  memasak untuk keluarga.  Pagi tadi, sempat singgah di Giant Taman Permata....

Monday, January 16, 2012

Ikan Tilapia Masam Manis Bernanas

PreviewBahan-bahan:Beberapa ekor ikan talapia saiz kecil (anggaran 10 ekor)(Lumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, perap seketika)Beberapa keping daun limau purut2 batang serai - diketuk1 sudu tepung jagung + sedikit air1 cawan air (kalau nak lebih kuah, tambahkan lebih air)Minyak secukupnya untuk menumisGula dan garam secukupnya Bahan tumis:1 biji bawang besar - dihiris3 ulas bawang putih - dihiris2 inci halia muda - dihiris memanjangBahan sos:1 senduk cili kering kisar1sudu besar sos tomato1 sudu besar sos cili1 sudu besar sos cili thai1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos plumBahan-bahan...

Mi Goreng Kerang

PreviewBahan-bahannya:2 bungkus mi basah1 cawan isi kerang - dikupas daripada kerang yang direbus50 sen taugeh1 biji bawang besar - dihiris3 ulas bawang putih - dihiris1 keping tauhu - dipotong kiub1 biji tomato - dipotong kiub1 senduk cili kering kisar1 sudu besar sos tomato1 sudu besar sos cili1 sudu sos tiram2 sudu kicap lemak manisAir secukupnyaMinyak secukupnya untuk menumisCara-cara memasak:Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris. Masukkan tauhu yang dipotong kiub. Tumis semua bahan sehingga kekuningan.Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.Masukkan...

Saturday, January 14, 2012

Kek Pelangi

PreviewKek ringkas yang menggunakan bahan-bahan asas kek sahaja. Untuk permulaan belajar membuat kek.Bahan-bahannya:250 gm mentega2 sudu teh esen vanilla1 1/2 cawan gula kastor4 biji telur4 cawan tepung naik sendiri - diayak1 cawan susu segarSedikit pewarna mengikut kesukaan - saya guna warna hijau dan merah sahaja.Secubit garam.Cara penyediaannya:Panaskan oven pada suhu 170CSapukan loyang pembakar yang bergaris pusat 8 inci dengan sedikit mentega.  Ketepikan.Pukul mentega dan vanilla hingga putih, tambah gula dan pukul lagi sehingga kembang dan ringan.Masukkan tulur satu demi satu dan pukul...

Ayam Halia

PreviewMalam ini terasa lapar pula.  Pagi tadi Kak Noor buat nasi lemak aje untuk sarapan.  Telah hampir sebulan tidak masak nasi lemak.  Pagi tadi Kak Noor suruh anak Kak Noor belikan nasi lemak di kedai untuk sarapan pagi. Tapi katanya lebih baik ibu masak, puas sikit makan. Maklumlah anak lelaki tengah membesar, kalau sebungkus mana cukup.  Kebiasaannya kalau Kak Noor buat nasi lemak, ia tahan sampai ke petang.  Anak-anak Kak Noor berulang makan sehingga licin.Lauk ini sedap dimakan panas-panas dengan nasi panas.  Jangan tunggu sampai lauk sejuk.So.. malam ini kenalah...

Thursday, January 12, 2012

Ayam Masak Sambal Kicap

PreviewSumber Resepi: Senangnya Memasak Ayam Bersama Chef HanielizaKebiasannnya kalau masak ayam sambal atau ayam kicap, Kak Noor selalu gorengkan ayam terlebih dahulu. Tetapi resepi ayam masak sambal kicap oleh Chef Hanieliza ini tidak memerlukan ayam digoreng. Menjimatkan masa dan mengurangkan minyak dalam masakan. Ditambah pula dengan daun limau purut menambahkan aroma masakan dan membangkitkan selera.Bahan A:500 gram ayam1 batang serai - diketuk5 helai daun limau purut - dikoyak3 sudu makan sos tomato5 sudu makan kicap1 labu bawang besar (dipotong gelang)1/2 cawan minyak masakGaram (sekiranya perlu)Bahan...

Paprik ampur

PreviewSekarang ini sedang berlangsung MPH Book Fair di KL Sentral.  Kak Noor ambil peluang ini untuk mencari buku resepi masakan Thai yang boleh dibuat rujukan untuk masakan harian.  Dalam banyak-banyak buku resepi di situ, sempatlah Kak Noor sambar buku resepi bertajuk `Hidangan Terbaik Dunia Thai' oleh Chef Nazira Noran.Pagi tadi Kak Noor cuba resepi Padprik Campur oleh Chef Nazira Noran.  Padprik lagi!! Memang keluarga Kak Noor tak pernah jemu makan lauk padprik. Ada bermacam resepi lauk padprik ini.  Apa yang penting kita tahu bahan asas untuk resepinya dan yang lainnya kita...

Sunday, January 8, 2012

Kari Masak Merah Daging Cincang (Utara)

PreviewKalau nak buat kari daging, Kak Noor lebih suka beli daging cincang sebab ada isi dan lemak tetel. Kuahnya pula mestilah pekat dan dicampur dengan ubi kentang.  Ubi kentang pula dipotong besar; satu biji dibelah dua saja.  Ada juga orang masak tak buang kulit ubi kentang.  Rasanya lebih sedap dan lebih berkhasiat.  Tapi kenalah rajin bersihkan kulit ubi kentang itu dahulu.   Kari ini adalah resepi orang Utara kerana sejak dahulu lagi resepi inilah yang dimasak oleh bonda Kak Noor. Memanglah banyak bahan-bahan yang digunakan, tetapi hasilnya amat berbaloi.   Tapi...

Saturday, January 7, 2012

Serawa Durian

PreviewHai... bila durian dah banyak kat rumah, dari pagi sampai malam, resepi durian sahaja. Biar puas! Dalam rumah pun dah bau `perfume' durian.  Itulah durian, makannya memang sedap, tapi baunya memang susah nak hilang.  Selagi ada durian kat rumah, selagi itulah baunya tidak hilang.Serawa durian adalah resepi berunsurkan durian yang menjadi favourite Kak Noor sekeluarga.  Serawa durian ini boleh dimakan bersama roti, pulut, dan nasi.  Cara-cara memasaknya memang mudah dan ringkas.  Ramas sahaja semua bahan dan kemudian panaskan di atas dapur.  Resepi yang Kak Noor paparkan...