Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu Bersama Keluarga Tercinta.
Hari ini menu utama yang ingin Kak Noor ketengahkan untuk hidangan tengah hari ialah Ayam Sambal Serai. Mesti ramai yang telah pernah menghidangkan menu ini untuk santapan keluarga. Cuma kadang-kadang ada tokok tambah dari segi penggunaan bahan-bahannya dan cara-cara penyediaannya. Citarasa seseorang tidak sama antara satu sama lain. Ada yang ikut aje resepi yang diketengahkan dan ada juga yang suka menokok tambah; macam Kak Noor lah. Tapi kalau ia sedap dan kena pada anak tekak, apa salahnya kita mencuba dan menghasilkan rasa yang baharu.
Memandangkan hari ini banyak program di luar rumah di sebelah tengah hari, pagi-pagi lagi Kak Noor telah bangun untuk membereskan kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Sementara masih rajin dan bertenaga di sebelah pagi ini, lebih baik kita selesaikannya. Waktu petang adalah masa untuk kita beristirehat dan santai bersama keluarga.
Ayam sambal serai ini sedap dimakan bersama nasi putih, nasi tumis, nasi minyak, dan juga nasi tomato. Kalau rajin bolehlah disediakan jelatah sos kacang sebagai hidangan sampingan. Kalau rajin lagi, bolehlah digoreng papadom. Kak Noor dan keluarga memang suka papadom ini. Kalau tak dimakan bersama nasi, anak-anak Kak Noor makan begitu sahaja seperti keropok. Bagi mendapatkan resepi jelatah SDB sila klik link di bawah.
AYAM SAMBAL SERAI
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam – dipotong 12 atau 16
1 biji buah tomato ranum saiz besar - dipotong kiub
2 sudu besar kicap pekat ABC
1 kiub ayam
1 batang serai – dititik
1 tangkai daun kari
2 sudu besar gula perang
Gula putih dan garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
1 labu bawang besar saiz besar
5 biji bawang kecil (bawang merah)
4 ulas bawang putih
3 senduk nasi cili kering yang telah dikisar
2 batang serai – dihiris
Air secukupnya
Cara-cara Memasaknya:
1. Ayam digaramkunyitkan dan digoreng ¾ masak. Angkat ayam, toskan minyaknya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Gunakan minyak gorengan ayam tadi. Tumis serai dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan kacau rata. Tudung periuk dan masak sehingga naik bau dan garing.
3. Tambahkan air (bergantung kepada banyaknya kuah yang dikehendaki) dan masukkan buah tomato. Kacau rata. Selepas dua minit, masukkan kicap, gula merah, gula putih, garam, dan kiub ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Rasa kuahnya dan boleh tambahkan gula putih atau garam sehingga menepati citarasa anda.
4. Selepas itu baru dimasukkan ayam gorengan tadi. Kaup balikkan dengan kuah sambal sehingga serata. Perlahankan api dan biarkan ia mereneh di atas dapur lebih kurang 10 minit. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

0 comments:
Post a Comment